You are here >> Home >> News >> Maxis meterai perkongsian strategik ECP

Maxis meterai perkongsian strategik ECP

Thursday, June 7, 2007, Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 5th Jun – Maxis Communications Bhd. (Maxis) telah memeterai perkongsian strategik dengan 18 penyedia kandungan luaran (ECP) bagi memastikan para pelanggannya menikmati servis data bergerak yang berkualiti.

Antara ECP itu termasuk Ahead Mobile Sdn. Bhd., Didadee Sdn. Bhd., Dubaitech Marketing Sdn. Bhd., eCentury Sdn. Bhd., Macro Kiosk Bhd., Kotaemas Edaran Sdn. Bhd., Matrix Internet & Wireless Sdn. Bhd., MNC Wireless Sdn. Bhd. dan iSentric Sdn. Bhd.

Ketua Bahagian Perniagaan dan Produknya, Nikolai Dobberstein berkata, perkongsian strategik antara Maxis dan ECP terbabit penting kerana sektor tersebut berkembang pada kadar pesat dengan meningkat kepada RM1.4 bilion pada tahun lalu.

“Dengan kerjasama 18 ECP ini, kami yakin dapat membendung aktiviti spam yang berleluasa sejajar dengan perkembangan sektor perkhidmatan data bergerak,” kata beliau pada majlis memeterai perjanjian persefahaman dengan syarikat ECP berkenaan di sini, hari ini.

Aktiviti spam meliputi bahan lucah, ucapan benci, gangguan, pesanan fitnah, hasutan, dan judi yang kini semakin berleluasa di kalangan pengguna perkhidmatan data bergerak dan Internet.

Berdasarkan perangkaan, pada sepanjang 2006, terdapat 1,370 kes ancaman siber yang dilaporkan oleh pengguna Internet Malaysia. Antara aduan ancaman siber yang signifikan ialah pencerobohan (897 kes) dan penipuan (287 kes).

Mengulas lanjut, Nikolai berkata, sementara Maxis terus memperbaiki tahap keselamatan perkhidmatannya pihaknya terus menyeru agar pengguna talian 012 agar terus mengabaikan sistem pesanan ringkas (SMS) yang berunsur penipuan.

Sekiranya pelanggan merasa ragu-ragu dengan SMS yang diterima, katanya lagi, mereka boleh menghubungi Talian Bantuan Pelanggan Maxis di nombor 03-7492 2123 untuk mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan.

Product Highlights