iSentric, rakan perniagaan yang dipercayai bagi perdagangan digital

Tentang Kami

Tentang Kami


Ringkasan maklumat tentang syarikat

iSentric (ASX:ICU) yang ditubuhkan pada tahun 2003 merupakan pembekal SMS Pukal yang terkenal dan juga pelopor dalam perdagangan digital di Malaysia. Syarikat ini giat menggalakkan pembangunan ekosistem mudah alih dan memfokuskan pada penyediaan rangkaian produk dan perkhidmatan dalam bidang perniagaan B2B dan B2C yang pantas berubah. Usaha-usaha ini bertujuan membantu pengguna, peniaga perindustrian kecil dan sederhana (PKS), institusi kewangan dan organisasi kerajaan bagi memenuhi keperluan perdagangan digital mereka. Syarikat ini dinamakan semula sebagai IOUpay Limited (ASX:IOU) pada bulan Oktober 2020.

iSentric Sdn Bhd ialah salah satu anak syarikat IOUPay Limited, salah satu pembekal perkhidmatan perisian dan perkhidmatan bagi teknologi kewangan (fintech) dan perdagangan digital di Asia Tenggara. IOUpay Limited disenaraikan di Bursa Saham Australia (Australian Securities Exchange, ASX) pada bulan September 2014. Nilai pasarannya telah mencapai ketinggian baharu yang hampir mencecah $60 juta dolar Australia pada tahun 2020. Kami percaya pada kecemerlangan prestasi serta pemusatan pelanggan yang sebenar dan kami komited untuk mencipta nilai jangka panjang, mampan dan menguntungkan bagi semua pemegang saham dan pelabur kami.

iSentric yang cukup berpengalaman setelah 17 tahun berkecimpung dalam industri telah membekalkan penyelesaian digital paling maju kepada pelbagai perniagaan di Malaysia dan memudahkan banyak urus niaga seharian bagi masyarakat umum. Produk dan perkhidmatan kami yang mendapat pengiktirafan tinggi merangkumi Hebahan SMS Web, API Pukal, Sebaran Perkhidmatan Terurus, dan SMS Dua Hala, yang bertujuan menghubungkan perniagaan dan pelanggan pengguna akhir dengan lancar dalam ekosistem mudah alih, di samping menawarkan pengalaman yang selamat, berkesan dan menyeluruh bagi semua pihak berkaitan dengan cekap dan menjimatkan masa.

Bahagian perniagaan kami merangkumi perbankan mudah alih, pembayaran digital dan perkhidmatan digital, yang menyediakan perkhidmatan kepada 20 bank teratas di negara ini dan sebilangan besar syarikat telekomunikasi berskala besar di Malaysia dan Indonesia. Sama ada pembayaran dalam talian, pemindahan bank, perkhidmatan beli-belah atau penghantaran makanan dalam talian, platform teknologi teras kami membolehkan klien kami melanjutkan aplikasi teknologi maklumat mereka ke sebarang peranti mudah alih dan mengintegrasikan teknologi mudah alih bagi perniagaan mereka yang sedia ada.

Kumpulan Syarikat iSentric yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, mempunyai tenaga kerja yang terdiri daripada lebih 40 orang pekerja yang menggabungkan pakar profesional dalam bidang teknologi digital, pembangun perisian perniagaan digital dan pakar teknologi kewangan yang berbakat.

iSentric giat membantu pengendali perniagaan dan pengguna dengan menawarkan pengalaman yang lebih mudah dicapai dan mesra pengguna melalui teknologi perdagangan digital syarikat. Kami giat menghasilkan kemajuan dalam usaha transformasi digital Malaysia dan mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.

Misi & Visi


Perdagangan digital bukanlah kerja yang mudah. Ia merentasi lebih banyak peranan, kemahiran dan teknologi berbanding sebelumnya.

iSentric sentiasa berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang yang kekal berubah ini dengan menggunakan teknik dan strategi yang paling maju untuk menyokong klien dalam perjalanan mereka menggunakan transformasi digital.

Kami amat berpegang teguh pada misi dan visi kami, dan sentiasa memacunya sehingga matlamat kami tercapai.

Visi kami:

Untuk mempercepatkan transformasi digital melalui penciptaan nilai dan peluang dalam ekosistem perniagaan dan ekonomi.

Misi kami:

Untuk menggalakkan pembangunan ekosistem mudah alih dan memfokuskan dalam penyediaan rangkaian produk dan perkhidmatan dalam bidang perniagaan B2B dan B2C yang pantas berubah.

Pengiktifafan & Anugerah


iSentric masyhur dalam industri sebagai syarikat yang berprestasi cemerlang sejak 17 tahun yang lalu, dan menjadi peneraju dalam sektor digital di Malaysia dan telah memenangi banyak pengiktirafan dan anugerah.

Pengiktifafan

  • 2003: Status MSC
  • 2007: Teknologi Deloitte Fast 500 & Maxis ECP Elite Partner
  • 2008: Anugerah Kecemerlangan Perniagaan oleh Malaysia Canada Business Council & MSC Malaysia Asia Pacific ICT (Aplikasi Kewangan Terbaik)
  • 2009: Anugerah Enterprise 50 SME Corp.
  • 2014: “Most Promising New Service” oleh Celcom (Axiata Group)

Anugerah

  • ACM 2007 ICT ASEAN Expo (Pertunjukan ICT & Media Antarabangsa Malaysia No. 1 Malaysia)
  • Anugerah ICT Asia Pasifik 2007 (APICTA)
  • Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2008 (Anugerah MSC Malaysia bagi Kecemerlangan Industri dalam IT)
  • Program Anugerah Enterprise 50 2009
  • Ernst & Young Entrepreneur of the Year 2009
  • Golden Bull Award 2007
  • Mobile Content Challenge 2008
  • Anugerah Kecemerlangan Industri SME 2007

Bercakap Dengan Pasukan Kami Sekarang

Sila hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih banyak peluang perniagaan dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Hubungi Kami