iSentric, rakan perniagaan yang dipercayai bagi perdagangan digital

Penyelesaian Portal Web

Penyelesaian Portal Web


Lajukan perniagaan anda dengan tapak web yang hebat..

Berkat kemajuan dalam teknologi digital, membina tapak web menjadi lebih mudah dan lebih murah berbanding dahulu.

Tapak web yang berkualiti tinggi dan direka bentuk dengan baik bukan sahaja kelihatan profesional, ia juga membantu menarik pelanggan baharu dan memastikan kejayaan anda dalam pasaran yang sangat kompetitif.

Penyelesaian Portal Web iSentric memastikan tapak web anda selamat dan boleh dipercayai di samping menyediakan pengalaman beli-belah dan semak lalu yang lebih selamat kepada pelanggan anda, melalui sijil HTTPS dan SSL.

Dari reka bentuk tapak web yang unik, Mel Langsung Elektronik yang amat cekap hinggalah aplikasi web boleh suai sepenuhnya, kami menawarkan pelbagai penyelesaian berpusatkan pelanggan yang sesuai dengan keperluan pemasaran atau e-dagang dalam landskap B2C/B2B yang sedang berkembang pesat.

Mencipta dan mengurus tapak web yang mesra peranti mudah alih bukan lagi satu pengalaman yang menakutkan. Yang paling utama, anda boleh menikmati sokongan teknikal iSentric, mempermudah proses pengurusan anda, dan mendapat akses kepada data yang bernilai dan laporan terperinci tanpa perlu berbelanja besar.

Ciri-ciri teknikal Penyelesaian Portal Web iSentric:

Responsive

Reka Bentuk Tapak Web & Pembangunan HTML

  • Rangka kerja bahagian depan butstrap (HTML, CSS dan JS Library)
  • Susun atur yang mesra peranti mudah alih dan responsif yang diselaraskan dan disesuaikan secara automatik pada sebarang saiz skrin peranti.
  • Reka bentuk tersuai dengan antara muka yang berkesan.
  • Tidak menggunakan templat tapak web, oleh itu ia mempunyai rupa dan rasa yang eksklusif.

Sistem Pengurusan Kandungan Tersuai

  • CMS Tersuai dalam php untuk tapak web.
  • Mempermudah proses pengurusan tapak web.
  • Platform diuruskan secara berpusat dengan antara muka yang mesra pengguna.
  • Boleh diintegrasikan dengan sebarang sistem atau modul.
  • Membenarkan kefleksibelan yang lebih hebat untuk menambah, memadam atau mengubah suai tapak web anda.
  • Langkah-langkah keselamatan yang takrifkan oleh pengguna untuk menghalang penggodaman dan spam.

Pembangunan aplikasi web tersuai

  • Rangka kerja bahagian depan butstrap dalam php.
  • Disesuaikan mengikut perniagaan dan keperluan anda.
  • Ciri-ciri boleh suai dan boleh skala yang berkembang mengikut perniagaan anda.
  • Papan pemuka dan laporan terperinci untuk rujukan anda.
  • Kebolehcapaian 24/7 dengan tahap keselamatan yang lebih tinggi.
  • Penyelenggaraan yang rendah dan menjimatkan kos.

Halaman Pendaratan/Halaman Mikro

  • Pilihan ideal untuk korporat, produk, pertandingan atau kempen
  • Rangka kerja bahagian depan butstrap bagi reka bentuk yang inovatif.
  • Halaman pendaratan tunggal yang mempunyai susun atur yang jelas.
  • Borang pertanyaan yang menggalakkan pelanggan menghubungi anda.

Penciptaan Mel Langsung Elektronik (eDM)

  • Menggunakan berbilang platform untuk menyampaikan mesej kempen. (cth. kempen bayar bagi setiap klik, media sosial dll.)
  • Menghantar maklumat pemasaran atau promosi yang relevan dan tepat pada masanya.
  • Mencipta e-surat berita, kemas kini tentang syarikat, tinjauan pelanggan, peringatan tentang jualan.
  • Mengurangkan masa dan usaha dengan ciri-ciri automatik sepenuhnya.
  • Mesej yang diperibadikan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih menarik.

e-Dagang

  • Selamat dan dilindungi.
  • Reka bentuk dan antara muka yang amat tersuai.
  • Proses semak keluar (pembayaran) yang mudah digunakan.
  • Alat kod promosi dan diskaun.
  • Sistem pengurusan pelanggan: Melihat butiran dan pesanan pelanggan; Tambah, padam atau set semula akaun pelanggan.
  • Ulasan dan maklum balas janaan pengguna.
  • Pelbagai pilihan pembayaran (Kad Kredit /Debit, Bayar Waktu Terima (COD), PayPal, Pindahan Bank dalam Talian).
Melabur bagi pembinaan tapak web perniagaan anda telah terbukti satu perjalanan yang berhasil. Mari berbincang dan ketahui tentang cara meningkatkan prestasi tapak web anda dan bukalah jalan ke arah menjadi menjadi peneraju dalam perdagangan digital.

Bercakap Dengan Pasukan Kami Sekarang

Sila hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih banyak peluang perniagaan dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Hubungi Kami