iSentric, rakan perniagaan yang dipercayai bagi perdagangan digital

Mobility2u

Mobility2u


Alat inovatif
untuk memacu jualan, kemampanan dan pertumbuhan.


Menurut statistik, Malaysia mempunyai kadar penembusan mudah alih yang tinggi pada kadar 144.8% dan secara purata1, setiap orang mendaftar hingga 1.5 pakej perkhidmatan mudah alih, dan 71% daripada populasi menghabiskan 5 jam sehari untuk melayari Internet2. Pada tahun 2020, nisbah pelanggan yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses Internet memuncak pada kadar 98.7%3, dan ia merupakan petunjuk jelas bahawa kemudahan mudah alih dan capaian Internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian penduduk Malaysia.

Inilah juga yang menjadi sebab 44% syarikat dSoi Asia Tenggara telah mengenal pasti transformasi digital sebagai keutamaan tertinggi mereka4. Mereka ingin menjangkau pelanggan sasaran, menjalankan operasi dan mengembangkan pasaran melalui cara yang paling berkesan dan pada kos serendah mungkin. Inilah yang anda perlu turut lakukan.

Penyelesaian mudah alih iSentric——Mobility2U ialah platform pemesejan SMS yang telah memenangi anugerah. Penyelesaian kami merangkumi semua jenis sambungan mudah alih, yang bertujuan memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dalam segmen pemesejan SMS dan pemasaran e-mel, di samping bertindak sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk pemasar agar mereka sentiasa dapat berhubung dengan pelanggan.

Era digital merevolusikan kehidupan. Rebut peluang sekarang, izinkan kami bantu anda mengembangkan perniagaan.

Hebahan SMS Web

Skrin telefon bimbit yang kecil menjadi medan pertempuran baharu bagi e-dagang.

Adakah anda ingin membawakan kempen promosi anda kepada pelanggan? Berkongsi maklumat tentang perkembangan terkini syarikat anda dengan lebih 10,000 pengguna? Atau hanya mengingatkan masyarakat umum agar memberikan perhatian terhadap kebersihan peribadi mereka?

Hebahan SMS iSentric pasti boleh menyediakan perkhidmatan sebagai alat terbaik anda.

Hebahan SMS Web kami membolehkan anda menghantar mesej SMS kepada pelanggan yang disasarkan melalui Portal Web kami. Kemahiran pengekodan tidak diperlukan sama sekali. Dengan hanya mengikut empat langkah mudah, anda boleh menghantar mesej SMS yang ringkas lagi padat dalam sekelip mata.

Perkhidmatan yang fleksibel dan menjimatkan ini membolehkan anda menjangkau penerima secara terus dan menawarkan sokongan kepada kandungan SMS dalam bahasa yang berbeza (teks biasa atau aksara Unikod). Anda boleh menyesuaikan templat SMS berdasarkan keperluan anda, malah anda juga akan mendapat paparan peribadi bagi pemboleh ubah lain seperti nama penerima, nombor pesanan, kod baucar hadiah dan sebagainya. Mesej SMS juga boleh dihantar kepada puluhan ribu pelanggan sasaran sekali gus.

Lapan kelebihan utama Hebahan SMS iSentric:

  1. Pemasangan perisian atau perkakasan lain tidak diperlukan dalam proses tersebut.
  2. Mudah digunakan tanpa melibatkan kemahiran pengekodan.
  3. Mesej tentang promosi, notis atau perkembangan tentang perniagaan boleh dihantar terus ke telefon bimbit pelanggan.
  4. Mekanisme pengurangan kredit membolehkan anda mencapai kawalan kos yang berkesan.
  5. Mekanisme percubaan semula secara automatik untuk memastikan mesej lengkap.
  6. Ia menyokong kandungan SMS dalam pelbagai bahasa.
  7. Ia menyokong nombor telefon bimbit Malaysia dan antarabangsa.
  8. Cepat, selamat dan boleh dipercayai.

Hebahan SMS Web iSentric merupakan penyelesaian kreatif bagi keperluan pemasaran anda. Izinkan kami bawa operasi harian dan kempen pemasaran anda ke tahap seterusnya.

Ingin mencuba sesuatu yang baharu dengan Hebahan SMS Web kami? Sila hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.

API Pukal

Kalau orang tidak berhubung, itu tandanya mereka sedang tidur. Revolusi mudah alih kini telah tiba.

Tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai kadar penembusan telefon bimbit sebanyak 133.6%5, dan 90% daripada pengguna telefon bimbit membaca mesej teks dalam masa tiga minit dari masa mesej diterima? Pada suku pertama tahun 2020 sahaja, jumlah bilangan mesej SMS yang dihantar dalam negara ialah 974.6 juta5. Inilah salah satu sebab pemasaran SMS diterima dengan baik oleh pemasar dan pengendali perniagaan.

Dari OTP untuk pembayaran dalam talian dan pindahan bank, pengesahan untuk pendaftaran akaun permainan, notis janji temu susulan hinggalah status penghantaran bagi pembelian dalam talian, API Pukal membantu anda menyelami pengalaman perdagangan digital yang canggih dan mengurus usaha pemasaran anda dengan mudah.

API (antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi) Pukal iSentric membolehkan anda membuat sambungan terus ke get laluan kami dan menghantar mesej SMS kepada pelanggan sasaran anda melalui platform, sistem atau aplikasi mudah alih anda sendiri.

API Pukal yang sangat fleksibel boleh diintegrasikan ke sistem lain dengan mudah. Anda juga boleh menyesuaikan antara muka anda berdasarkan keperluan anda sendiri atau keperluan pelanggan anda untuk memudahkan proses pengurusan.

Ciri-ciri teknikal API Pukal iSentric:

  1. Menyambungkan ke Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) melalui HTTP/HTTPS, Bahasa Perihalan Perkhidmatan Web (Web Services Description Language, WSDL), SMPP, UCP, CIMD2
  2. Penghalaan khusus berdasarkan nilai syarikat telekomunikasi
  3. Penjadualan Mesej pemprosesan tidak segerak
  4. Jejak Audit
  5. Modul pelaporan dalam talian
  6. Lapisan aplikasi iSentric mematuhi garis panduan GPIS1 Bank Negara Malaysia.

API Pukal bukan hanya membantu anda menghantar mesej. Ia juga mengangkat proses automatik ke peringkat yang lebih tinggi agar anda dapat mengekalkan komunikasi dan interaksi yang baik dengan pelanggan anda sambil menyumbang kepada pengurusan tenaga kerja anda dan sumber lain dengan berkesan. Sila hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut tentang API Pukal.

Sebaran Perkhidmatan Terurus

Pemeribadian berkait dengan kandungan yang relevan. Pemasaran e-mel mencipta sentuhan peribadi yang bernilai mengikut skala yang sesuai.

Sedang memikirkan untuk mengembangkan perniagaan anda melalui pemasaran automatik? Atau menjangkau jumlah maksimum pelanggan pada kos yang mampan? Sebaran Perkhidmatan Terurus iSentric mungkin akan menjadi alat digital yang ideal untuk anda.

Hantarkan sahaja kandungan e-mel anda kepada kami bersama-sama lampiran senarai maklumat hubungan pelanggan anda. Pasukan penyumberluaran kami akan mencipta akaun e-mel profesional untuk anda. Ia semudah ABC.

Dari surat berita (kemas kini, tawaran istimewa, pelancaran produk), autoresponder (e-mel terima kasih, notis pembayaran, pengesahan tempahan) hinggalah e-mel transaksi (resit pembelian, notis pindahan, rekod penjualan dan pembelian), perkhidmatan penyumberluaran sehenti kami memastikan semua keperluan pemasaran anda terjaga.

Kami boleh menghantar e-mel anda pada masa yang sesuai mengikut kehendak anda, dan mengelakkan e-mel daripada dianggap sebagai spam, dan mengurangkan kadar e-mel dilantun kembali supaya mesej anda akan selamat tiba ke kotak mel pelanggan.

Kelebihan Sebaran Perkhidmatan Terurus iSentric:

  1. Perkhidmatan disediakan oleh pasukan penyumberluaran profesional untuk memudahkan dan meringkaskan kerja anda.
  2. Mod pemasaran automatik menjimatkan masa dan sumber.
  3. Harga mampu bayar dengan kecekapan yang cemerlang.
  4. Sistem automatik yang bertindak balas kepada pelanggan dapat mengurangkan kelewatan.
  5. Mengelakkan e-mel daripada dianggap sebagai spam.
  6. Boleh menghantar e-mel pada masa terbaik.
  7. Laporan terperinci untuk rujukan anda: Bilangan klik, kadar e-mel dibuka, statistik kempen e-mel, jangkauan khalayak, e-mel dilihat, kadar lantunan kembali dll.

Sama ada agensi kerajaan, entiti perniagaan, organisasi bukan untung atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Perkhidmatan Sebaran Perkhidmatan Terurus iSentric ialah pilihan yang sempurna bagi kempen pemasaran e-mel anda. Mulakan kempen anda sekarang dan izinkan pasukan kami mengendalikan kerja-kerja tersebut untuk anda.

SMS 2 Hala

Jangan hanya bina pautan. Binalah perhubungan.

Sedang memikirkan untuk mengadakan perbualan dua hala dengan pelanggan anda? Atau membenarkan khalayak meninggalkan komen pada skrin TV? Atau mencipta respons automatik bagi pertanyaan pelanggan?

SMS 2 Hala iSentric boleh berfungsi sebagai jambatan antara anda dan pelanggan supaya anda dapat meneroka keperluan pelanggan melalui interaksi yang diwujudkan oleh teknologi digital serta mencipta lebih banyak peluang perniagaan.

Bagi pelbagai jenis aktiviti seperti pemasaran interaktif, pertandingan, tinjauan soal selidik, semakan denda, pemberitahuan penipuan kad kredit dan balasan mesej teks segera, SMS 2 Hala menawarkan lebih banyak kemudahan untuk operasi harian anda.

Selain itu, SMS 2 Hala kami juga boleh diintegrasikan dengan lancar menggunakan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) anda, perisian atau sebarang Aplikasi untuk mencipta aliran kerja automatik. Pelanggan dan pengguna boleh menikmati pengalaman beli-belah yang lebih diperibadikan secara serentak, berdasarkan maklum balas dan interaksi dua hala antara mereka.

Ciri-ciri teknikal SMS 2 Hala iSentric:

  1. Penghantaran kaya media
  2. Rendah kos, tinggi ROI
  3. Pengalaman pelanggan yang lebih diperibadikan
  4. Keterlibatan pelanggan yang lebih aktif
  5. Hubungan yang lebih rapat antara entiti perniagaan dan pelanggan
  6. Pelaksanaan komunikasi dua hala secara terus dan lebih berkesan
  7. Kandungan tersuai yang dinamik
  8. Laporan terperinci untuk rujukan anda: Bilangan klik, kadar buka, statistik bagi kempen, keterlibatan dll.

Dengarlah suara dan pandangan pelanggan dan paculah pertumbuhan perniagaan anda melalui penggunaan teknologi digital. Sila hubungi pasukan profesional kami sekarang agar kami boleh membawakan kepada anda Penyelesaian SMS 2 Hala yang paling boleh dipercayai dan praktikal.

Bercakap Dengan Pasukan Kami Sekarang

Sila hubungi kami sekarang untuk mengetahui lebih banyak peluang perniagaan dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Hubungi Kami